Sistem pengurusan renovation

Projek berjuta ringgit, masih diurus dengan WhatsApp dan Excel?

RenoFlow satukan lead, quotation, kontrak, bayaran, site progress dan purchasing dalam satu sistem. Dari iklan pertama sampai kunci diserahkan.

Dibina oleh kontraktor CIDB G4 Tak perlu install app Guna nama & logo syarikat sendiri
app.renoflow.my
Dashboard RenoFlow
Paparan site supervisor di telefon
Dashboard RenoFlow di telefon
DBENA Sdn Bhd

Dibina oleh kontraktor, untuk kontraktor. RenoFlow lahir dan digunakan setiap hari oleh DBENA Sdn Bhd, kontraktor berdaftar CIDB Gred G4 di Lembah Klang.

Realiti hari ini

Bukan team yang lemah.
Sistem yang tak ada.

Kebanyakan kontraktor renovation PKS masih bergantung pada alat yang tak bercakap antara satu sama lain. Akibatnya:

Lead hilang

Enquiry dari ads bertaburan dalam WhatsApp peribadi staff. Tak ada rekod siapa follow up, lead terlepas tanpa sedar.

Kos tak terkawal

Pembelian bahan dan upah direkod lewat atau langsung tak direkod. Untung sebenar projek hanya tahu selepas siap.

Client tertanya-tanya

Client call setiap minggu tanya status kerja dan baki bayaran. Perubahan skop tak ada rekod bertulis.

Dokumen bertaburan

Quotation, perjanjian, VO, resit dan gambar tapak di tempat berbeza. Susah nak rujuk, susah nak claim.

WhatsApp · “Quotation versi mana satu?”
Kertas · ukuran dalam buku nota, mudah hilang
Excel · “final_v3_latest.xlsx”
Satu aliran kerja

Dari iklan pertama sehingga kunci diserahkan.

Setiap projek bergerak melalui 12 peringkat yang jelas. Bos nampak di mana setiap projek berada, dan apa langkah seterusnya.

01LeadAuto masuk dari ads & sales page
02Site visitJadual lawatan tapak
03UkuranUkuran, gambar, skop
04QS pricingHarga dari Item Library
05QuotationKemas, dengan revision
06RundinganSemak item dengan client
07E-signClient sign di telefon
08PerjanjianKontrak & saksi, digital
09Permit PBTStatus & no. rujukan
10DepositInvois & resit rasmi
11PembinaanLaporan tapak harian
12CompletedHandover & rekod audit
Apa yang RenoFlow buat

Kerja berulang, sistem yang buat.
Team fokus pada projek.

01 · SALES & LEAD

Lead masuk sendiri. Tak ada yang terlepas.

Borang sales page terus masuk Telegram team sales dan ter-key in dalam sistem, siap dengan sumber dan PIC.

  • Pipeline 12 peringkat, tapis ikut stage, PIC dan kawasan
  • Nombor berganda dikesan, tak jadi lead dua kali
  • Tukar PIC atau tanda Lost beserta sebab
Senarai Leads & Projects
Senarai Leads & Projects
02 · QUOTATION & KONTRAK

Quotation konsisten. Client sign di telefon.

Item Library simpan unit rate standard syarikat, jadi setiap QS sebut harga yang sama dan margin terkawal.

  • Quotation profesional dengan revision, versi lama tak hilang
  • Client baca dan e-sign quotation melalui link WhatsApp
  • Perjanjian kontrak dan Variation Order juga ditandatangan digital
Item Library dan unit rate
Item Library dan unit rate
03 · KEWANGAN PROJEK

Tahu untung projek, sebelum projek siap.

Jadual bayaran ikut peringkat kerja. Invois dan resit rasmi bernombor berturutan, baki kontrak dikira sendiri.

  • Peringatan tuntutan bayaran yang dah sampai masa
  • Kos bahan, upah dan subcon ikut kategori, untung kasar live
  • Finance: kutipan, hutang tertunggak dan trend 12 bulan
Modul Finance
Modul Finance
04 · TAPAK & CLIENT

Supervisor lapor dari tapak. Client nampak progress sendiri.

Site supervisor hantar laporan harian dengan gambar dan % setiap fasa terus dari telefon. Ada isu di tapak? Team operasi dapat alert di Telegram serta-merta.

  • Purchase Request dari tapak, admin lulus, PO terus ke kedai hardware
  • Client portal: progress, gambar tapak dan baki bayaran tanpa login
  • Syarikat pilih apa yang client boleh nampak, tutup bila-bila masa

Site supervisorClient portal

Paparan site supervisor
Client portal
05 · PENGURUSAN

Bos nampak semua dalam satu dashboard.

Sales, projek berjalan, tuntutan bayaran dan pipeline dalam satu skrin. Laporan harian dan mingguan dihantar sendiri ke group pengurusan di Telegram.

  • Commission dan Performance setiap staff dikira sendiri
  • Akses ikut peranan: sales, QS, supervisor, account, manager
  • Setiap tindakan direkod dalam log aktiviti untuk audit
Dashboard pengurusan
Dashboard pengurusan
22 fungsi, 5 bahagian

Semua yang syarikat renovation perlukan, dalam satu tempat.

Sales & lead

  • Leads & Projects, pipeline 12 peringkat
  • Auto key-in dari sales page & Telegram
  • Semakan nombor berganda
  • Site visit, ukuran & skop dari telefon
  • Tukar PIC, tanda Lost dengan sebab

Quotation & kontrak

  • Item Library & unit rate standard
  • Quotation dengan revision
  • E-sign quotation & perjanjian
  • Penolakan QS dengan sebab

Kewangan projek

  • Jadual bayaran ikut peringkat
  • Invois & resit rasmi bernombor
  • Variation Order disign client
  • Kos projek & untung kasar
  • Peringatan tuntutan bayaran

Tapak & purchasing

  • Laporan tapak, gambar & % fasa
  • Alert isu tapak ke Telegram
  • Permit PBT & jadual projek
  • Purchase Request, PO & dashboard kedai

Pengurusan & client

  • Dashboard: sales, projek, trend 12 bulan
  • Finance: kutipan, hutang, kos & untung
  • Laporan harian & mingguan ke Telegram
  • Commission & Performance staff
  • Akses ikut peranan
  • Client portal dikawal syarikat
22fungsi dalam satu sistem
12peringkat projek, lead hingga completed
3pihak: kontraktor, client, pembekal
0app perlu install. Buka di browser & telefon
Sebelum dan selepas

Beza bila ada sistem yang betul.

BahagianWhatsApp, kertas & ExcelDengan RenoFlow
LeadDisalin manual, ada yang terlepasMasuk sendiri dengan sumber dan PIC
QuotationExcel lain-lain setiap QS, versi bercampurUnit rate standard, revision tersusun, e-sign
BayaranResit tulis tangan, baki kira semulaInvois & resit bernombor, baki dikira sendiri
TapakGambar bertaburan dalam pelbagai groupLaporan harian ikut fasa, alert isu ke Telegram
PembelianOrder melalui call, kos tak direkodPR → lulus → PO ke kedai → kos masuk projek
ClientCall setiap minggu tanya statusPortal peribadi dengan progress dan gambar
PengurusanUntung projek tahu selepas siapDashboard dan laporan harian automatik
Satu ekosistem

Kontraktor, client dan pembekal dalam sistem yang sama.

Bukan sekadar sistem dalaman. Client dapat portal sendiri, kedai hardware dapat dashboard percuma untuk sahkan harga dan stok. Satu kedai boleh layan ramai kontraktor.

  • White-label. Client nampak nama dan logo syarikat anda, bukan nama kami.
  • Data anda milik anda. Setiap syarikat disimpan berasingan, dengan backup harian.
KontraktorLead, quotation, projek, kos Kedai hardwarePO, harga & stok ClientE-sign, portal, bayaran
Founding Partner

20 syarikat pertama.
Kami setup, anda terus guna.

Kami buka RenoFlow kepada 20 kontraktor renovation pertama sebagai Founding Partner. Anda dapat sistem yang sama yang DBENA guna setiap hari, dan kami bantu sampai team anda betul-betul jalan.

Sales page + sambungan Telegram, percuma

Sales page renovation untuk syarikat anda, lead terus masuk Telegram dan RenoFlow. Sama macam flow yang DBENA guna.

Migrasi data oleh team kami

Lead, projek dan senarai harga sedia ada dari Excel kami pindahkan untuk anda.

Training ikut peranan

Sesi hands-on untuk sales, QS, site supervisor, account dan pengurusan.

Harga khas Founding Partner

Harga dikongsi semasa sesi demo. Founding Partner dapat harga istimewa yang tak dibuka kepada umum.

Slot Founding Partner
20
slot sahaja untuk pusingan pertama
  • Hari iniIsi borang, kami hubungi dalam 1–2 hari bekerja
  • Sesi demo30 minit, online atau di pejabat anda
  • Januari 2027Onboarding Founding Partner bermula
Tempah slot saya
Book demo

Tengok RenoFlow dengan projek anda sendiri.

Isi borang ni. Team kami akan WhatsApp anda untuk tetapkan sesi demo 30 minit.

  • Tiada caj untuk sesi demo
  • Kami tunjuk ikut cara kerja syarikat anda
  • Tiada komitmen untuk langgan
Maaf, borang tak dapat dihantar. Sila cuba lagi sebentar.

Maklumat anda hanya digunakan untuk menghubungi anda tentang RenoFlow, selaras dengan PDPA.

Terima kasih!

Team kami akan WhatsApp anda dalam 1–2 hari bekerja untuk tetapkan sesi demo.

Soalan lazim

Yang selalu ditanya.

Perlu install app ke?

Tak perlu. RenoFlow dibuka di browser, sama ada di komputer atau telefon. Staff dan site supervisor boleh tambah ke home screen telefon macam app biasa.

Client nampak nama RenoFlow atau nama syarikat saya?

Nama dan logo syarikat anda. Quotation, invois, resit, e-sign dan client portal semuanya keluar dengan jenama anda sendiri.

Berapa harga langganan?

Harga dikongsi semasa sesi demo, ikut saiz team dan keperluan syarikat. Founding Partner dapat harga istimewa, termasuk setup sales page dan sambungan Telegram percuma.

Sesuai untuk syarikat kecil?

Ya. RenoFlow dibina untuk kontraktor PKS. Kalau team anda 3 orang pun, sistem ni dah boleh jimatkan banyak kerja follow up, quotation dan kutipan bayaran.

Data lama dalam Excel macam mana?

Team kami bantu pindahkan lead, projek dan senarai harga sedia ada ke dalam RenoFlow semasa onboarding.

Data syarikat saya selamat?

Data setiap syarikat disimpan berasingan dan tak bercampur dengan syarikat lain, dengan backup harian. Akses staff dikawal ikut peranan dan setiap tindakan direkod.

Bila boleh mula guna?

Sesi demo boleh dibuat sekarang. Onboarding Founding Partner bermula Januari 2027, ikut giliran pendaftaran.

Book demo percuma